Bunga mawar~
cantik kan? |
Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.
Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga tumbuhan saka, tergolong dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga baru bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu.bunga mawar mempunyai bau harum,biasanya mawar kampung (damask rose)mempunyai bau yang paling kuat.Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.
R.gigantea
Penyumbang baka kelopak bunga besar. R.gigantea merupakan spesis mawar asli utara india, utara myanmar,dan selatan china.berkelopak 5,berwarna putih ,kuning atau krim.bersesuaian dengan namanya gigan bermaksud gergasi. mawar ini merupakan spesis mawar terbesar didunia.tanpa baka dari spesis ini bunga mawar yang kita kenali cuma bunga yang kecil.penyakit
mawar merupakan tanaman yang amat mudah diserang penyakit .antara penyakit yang boleh membunuh pokok mawar ialah
thrip-kutu halus yang menghisap nutrien pokok .tanda tanda dan kesan adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk ,bunga, bantut pucuk 'terbakar' seterusnya mati
kawalan -boleh dikawal dengan spray ridsect water base atau berasaskan air seminggu sekali atau sehingga simtom penyakit berkurangan.pada peringkat teruk pokok harus ditogel .daun bunga dahan yang dipangkas harus di bakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh .
blackspot-penyakit musim hujan. lebih bahaya dari thrip biasanya apabila diserang hasil nya 50 -50 hidup dan mati pokok.
merupakan penyakit kulapuk atau kulat. spora kulat bercambah apabila daun atau batang lembab atau basah.
pencegahan amat penting seperti menyiram air hanya pada akar.
pembajaan
Pokok mawar amat menggemari baja najis ayam. Pokok akan jadi subur dan gemuk (itu pun kalau tiada penyakit.Pokok mawar juga amat menggemari makanan tambahan seperti kulit udang, kulit buah pisang,kulit telur ,air basuhan ikan.
Sumber :
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.